Wednesday, 18 August 2010

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS Lepasan Diploma - 2011


 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS Lepasan Diploma tahun 2011

1. SYARAT DAN KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
(b) Mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1.3 Pemohon wanita sahaja layak memohon

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tarikh mula : November 2010 atau tertakluk kepada perubahan
kursus
2.2 Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada
perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

IKLAN KURSUS
http://www.kemas.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f28c68f1-d13f-45ba-a650-b7a190ca25a9&groupId=22843

BORANG PERMOHONAN
http://www.kemas.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=11622&folderId=40375&name=DLFE-1301.pdf

TARIKH TUTUP : 29 OGOS 2010


No comments:

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner