Friday 8 May 2009

Job Malaysia vacancy MY KERJAYA™ JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN - WISMA PUTRA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina
kerjaya dalam perkhidmatan luar negeri adalah dipelawa untuk memohon
jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak).

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR N41 (KONTRAK)

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau
kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41,
P1T3 RM 1871.18); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau
kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41,
P1T4 RM 1961.63); dan

Syarat Tambahan bagi Kementerian Luar Negeri

iii) Calon-calon yang memohon dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian
hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.2 ke atas atau yang
setaraf dengannya.

iv) Calon-calon yang mempunyai penguasaan bahasa-bahasa utama dunia
seperti bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol,
bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Rusia akan diberi keutamaan;

v) Umur calon semasa ditemu duga hendaklah tidak melebihi daripada 30 tahun;

vi) Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun dan tempoh perkhidmatan
secara kontrak ini boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi kerja
dan perakuan Ketua Jabatan;

vii) Calon-calon yang dipanggil untuk ditemu duga dikehendaki melalui
aptitude test sebelum sesi temu duga. Ujian ini adalah bertujuan
menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik dan sejauh mana
calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah di peroleh melalui
latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan:

i) Curriculum-vitae;

ii) Dua (2) keping gambar berukuran pasport;

iii) Salinan Sijil / ijazah dan dokumen-dokumen sokongan; dan

iv) Sebuah karangan ringkas dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Why I
want to join the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia?".

Semua dokumen permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
WISMA PUTRA
NO 1, JALAN WISMA PUTRA
PRESINT 2
62602 PUTRAJAYA
(U.P.:URUS SETIA URUSAN PENGAMBILAN - WALK IN INTERVIEW)

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dikemukakan kepada email :
recruitment@kln.gov.my

LAMAN WEB : www.kln.gov.my

Tarikh Tutup : TERBUKA

No comments:

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner