Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau ("Northern Corridor Economic Region") adalah program pembangunan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan dan pendapatan per kapita rakyat di utara Semenanjung Malaysia – yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak (daerah-daerah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Larut Matang-Selama). Inisiatif NCER ini telah dimulakan pada 2008 dan dijangka berakhir pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-12, iaitu pada tahun 2025.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ("NCIA") yang ditubuhkan pada 2008 ialah badan rasmi yang bertanggungjawab untuk menetapkan arah tuju dan melaksanakan semua polisi dan strategi pembangunan sosio-ekonomi di Koridor Utara dengan memberi penekanan kepada sektor pertanian, pembuatan, dan pelancongan.
Program "Pre-Employment Training" ("PET") atau Latihan Pra-Pekerjaan adalah salah satu program pembangunan modal insan NCIA untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran graduan dan lulusan sekolah di dalam beberapa displin. Objektif utama Program PET NCIA ialah untuk membekalkan para pelatih dengan kemahiran terkini bagi memudahkan peluang pekerjaan.
Program PET NCIA ini diwujudkan khas bagi penduduk Koridor Utara. Program latihan ini ditaja sepenuhnya termasuk pemberian elaun bulanan selama tempoh latihan.
SENARAI PROGRAM
A) Kecantikan dan Kesihatan
i. Dandanan Rambut
ii. Rawatan Muka
iii. Rawatan Spa dan Pengurusan Spa
Kelayakan Minimum:
• Lulusan SPM dengan minat mendalam untuk
membina kerjaya di dalam industri hospitaliti
B) Pemandu Pelancong
Kelayakan Minimum:
• Lulusan SPM dengan minat mendalam untuk
membina kerjaya di dalam industri pelancongan
• Fasih Berbahasa Malaysia dan Arab
C) Pembuatan Lanjutan
(Advanced Manufacturing)
Kelayakan Minimum:
• Graduan dengan Diploma atau Ijazah Kejuruteraan,
seperti Elektrikal, Elektronik, Pembuatan, Mekanikal,
atau Mekatronik
• Fasih Berbahasa Malaysia dan Inggeris
Warganegara Malaysia yang berminat dan berumur di antara
18 hingga 35 tahun dijemput untuk memohon program ini
selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2009.
DOWNLOAD IKLAN
http://www.humancap.com.my/ncia_pet/ads/Koridor%20PET%20utusan.pdf
Permohonan boleh dibuat di laman web:
http://www.humancap.com.my/ncia_pet
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
NCIA Pre-Employment Training (PET) Programme
d/a Human Capital Development Sdn Bhd
Suite 7.13, Blok A, Kelana Square, 17 Jalan SS7/26,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7803 1151 / 012-312 9652 Faks: 03-7803 1150
Email: ncia_pet@humancap.com.my
Popular Posts
Monday, 19 October 2009
LATIHAN PRA-PEKERJAAN DI WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment