Wednesday 30 December 2009

PENGAMBILAN KADET AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

 

1. PEGAWAI KADET DEK
(Diploma Pengajian Nautika)

2. PEGAWAI KADET ENJIN
(Diploma Kejuruteraan Marin)

SYARAT KELAYAKAN:
-Permohonan berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2009
-Belum berkahwin, lelaki atau perempuan, berusia tidak melebihi 23 tahun pada 13 Julai 2010.
-Minimum keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2009 dengan kredit yang baik dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik/ Matematik Tambahan dan Fizik.
-Sihat tubuh badan
-Ketinggian minima 158cm dan berat 48kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5 - 24.9)
-Ketinggian minima 155cm dan berat 42kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5 - 24.9)
-Tidak rabun warna
-Penglihatan yang baik tanpa cermin mata bagi Pegawai Kadet Dek
-Penggunaan kanta mata dengan had penglihatan tidak melebihi 200 (kuasa) bagi Pegawai Kadet Enjin
-Lulus dalam proses temuduga

MANFAAT KERJAYA:
Graduan akan belayar ke serata dunia di atas kapal dengan gaji tanpa cukai yang lumayan.

NOTA:
Calon yang layak akan diberikan 'Surat Tawaran Bersyarat' dan tempat hanya akan disahkan jika keputusan peperiksaan SPM yang sebenar menepati syarat kemasukan ALAM. Calon yang berjaya akan mengikuti program selama 3 tahun di ALAM.

CARA MEMOHON:
Borang permohonan boleh diperolehi di : http://www.alam.edu.my
Semua borang permohonan hendaklah dihantar melalui emel (sebagai lampiran) ke:
alam2010intake@alam.edu.my

TARIKH TUTUP : 10 JANUARI 2010 (5.00 PM)


No comments:

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner