Wednesday 21 July 2010

Status Rayuan kemasukan IPTA (Lepasan SPM & STPM) boleh disemak 21 Julai 2010



 

Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai 12 tengah hari 21 Julai 2010 (Rabu).

Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di http://upu.mohe.gov.my atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA masing-masing dan membawanya sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendaftaran di IPTA berkaitan.

Kementerian juga menyatakan bahawa ia tidak melantik sesiapa sebagai ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapatkan tempat ke IPTA.

Ini kerana semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

Menurut kenyataan itu keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal sekiranya mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 31 Julai ini.

Calon juga dinasihatkan menggunakan kemudahan Hotline dan Helpline bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan menerusi talian 03-88835858 dan 03-88835848 untuk semakan dan bantuan.

Semakan boleh dilakukan di laman web berikut, http://jpt.uum.edu.my dan http://jpt.utm.my.

Calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan SMS ke 15888.

- BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner